Untuk mengetahui kursus terkini. Sila hubungi terus Saudara Wahab (019-4700759)

Bersama Menjana Ekonomi Ummah



Alhamdulillah kursus hasilan soya dan penanaman tauge yang bertempat di Taman Guar Perahu telah berjaya dijalankan. Seramai 8 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Mereka diajar bagaimana produk dari kacang soya seperti air soya, sayur fucuk, tau fu fah dan tauhu atau taukua dapat dihasilkan. Selain itu peserta juga diajar sistem penanaman tauge secara manual dan automatik.






Peserta sedang mengisar kacang soya untuk menghasilkan air soya dengan kadar nisbah air yang betul per kilogram kacang soya.










Air Soya yang telah dicampur dengan GDL dan Tepung Jagung dimasukkan kedalam acuan taukua yang dibalut dengan kain carton putih.













Taukua yang telah siap untuk dimakan atau dijual












Tau Fu Fah yang telah siap untuk dimakan atau dijual













En Wahab menunjukkan teknik penanaman tauge. Campuran protin A mengikut sukatan dimasukkan kedalam kacang yang direndam dengan air bersih.












Setelah 8jam, kacang ditos dan digaul dengan baja serbuk sebelum dipindahkan kedalam tong pengeraman. Benih kacang disieram dengan air paip setiap 4jam.











Peserta berehat sambil minum air soya dan makan tau fu fah. Emm...sodap!







p/s :

i. Kursus berakhir dengan sesi perbincangan dan pengiraan kos serta perkongsian pengalaman En. Latib sebagai peniaga sambilan produk hasilan soya.

ii. Feedback peserta keatas kursus ini amat mengalakkan, ini memberi suntikan semangat kepada Wargakilang Training Centre untuk terus merancang dan memperbanyakkan cabang kursus yang berkaitan dengan peniagaan dan keusahawanan