Untuk mengetahui kursus terkini. Sila hubungi terus Saudara Wahab (019-4700759)

Bersama Menjana Ekonomi Ummah

Kursus Mee dan Laksa

Posted by WargaKilang Training Centre | 2:15 AM

Julungkalinya WTC diberi peluang oleh KBiocorp untuk menjalankan kursus berkaitan teknik pemprosesan mee kuning, mee maggi, mee sanggul, laksa basah dan laksa kering. Kursus berjalan dengan lancar dan sessi soal-jawab diadakan diakhir kursus untuk memastikan peserta benar-benar faham. Seterusnya sijil diberikan kepada peserta yang hadir oleh pihak KBiocorp. Pihak WTC mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang hadir. Terima kasih tak terhingga juga kepada pihak KBiocorp terutamanya En. Shahril yang telah memberi kepercayaan dan peluang kepada kami.

Kursus Pembuatan Mee dan Laksa

Posted by WargaKilang Training Centre | 6:43 PM



Alhamdulillah kursus berjalan dengan lancar. Peserta diajar bagaimana mee basah dan mee kering @ mee sanggul dibuat. Ia terbahagi kepada dua formula iaitu dengan menggunakan bahan kimia dan tanpa kimia. Untuk pembuatan mee peserta diajar dengan 2 teknik iaitu manual dan menggunakan mesin. Teknik manual membolehkan peserta dapat terus mempraktikkan pembuatan mee tanpa memerlukan modal yang besar untuk memulakan perusahaan. Seterusnya mereka diajar pembuatan laksa basah dan kering






En. Wahab sedang menunjukkan bagaimana mee di buat dengan menggunakan telor iaitu tanpa bahan kimia











Penghasilan mee dengan penggunaan mesin manual













Peserta sedang melakukan praktikal dengan degan menggunakan mesin













Mee yang terhasil












Peserta mengangkat mee yang terhasil selepas direbus dengan sedikit minyak












Tepung laksa yang telah diuli













Laksa di kisar menggunakan acuan dan dikukus















Laksa terhasil setelah dikukus



Alhamdulillah kursus hasilan soya dan penanaman tauge yang bertempat di Taman Guar Perahu telah berjaya dijalankan. Seramai 8 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Mereka diajar bagaimana produk dari kacang soya seperti air soya, sayur fucuk, tau fu fah dan tauhu atau taukua dapat dihasilkan. Selain itu peserta juga diajar sistem penanaman tauge secara manual dan automatik.






Peserta sedang mengisar kacang soya untuk menghasilkan air soya dengan kadar nisbah air yang betul per kilogram kacang soya.










Air Soya yang telah dicampur dengan GDL dan Tepung Jagung dimasukkan kedalam acuan taukua yang dibalut dengan kain carton putih.













Taukua yang telah siap untuk dimakan atau dijual












Tau Fu Fah yang telah siap untuk dimakan atau dijual













En Wahab menunjukkan teknik penanaman tauge. Campuran protin A mengikut sukatan dimasukkan kedalam kacang yang direndam dengan air bersih.












Setelah 8jam, kacang ditos dan digaul dengan baja serbuk sebelum dipindahkan kedalam tong pengeraman. Benih kacang disieram dengan air paip setiap 4jam.











Peserta berehat sambil minum air soya dan makan tau fu fah. Emm...sodap!







p/s :

i. Kursus berakhir dengan sesi perbincangan dan pengiraan kos serta perkongsian pengalaman En. Latib sebagai peniaga sambilan produk hasilan soya.

ii. Feedback peserta keatas kursus ini amat mengalakkan, ini memberi suntikan semangat kepada Wargakilang Training Centre untuk terus merancang dan memperbanyakkan cabang kursus yang berkaitan dengan peniagaan dan keusahawanan