Untuk mengetahui kursus terkini. Sila hubungi terus Saudara Wahab (019-4700759)

Bersama Menjana Ekonomi Ummah

Aneka Kuih Talam

Posted by WargaKilang Training Centre | 7:46 AM

Salam Ukhwah, Terima Kasih kepada anda yang sentiasa memberi sokongan kepada kursus anjuran Wargakilang TC. Baru - baru ini kami telah menganjurkan kursus berkaitan pembuatan aneka kuih talam komersial. Antaranya talam jagung, talam sri kedah, talam tokyo, serimuka delima, serimuka pandan, talam cendol dan talam suji. Kursus telah diajar oleh chef Deeba, seorang yang berpengalaman luas dalam pembuatan kuih talam. Teknik pemotongan dan pembungkusan untuk tujuan komersial juga diajar dalam kursus ini. Rata-rata peserta amat berpuas hati dan memberi maklumbalas yang positif kepada kursus ini.

Kursus Aneka Roti, Pizza, Gardenia dan Roti Maxico

Posted by WargaKilang Training Centre | 7:13 AM

Kursus pembuatan roti telah diadakan di KULIM Biocorp pada 22-Jan-11 yang lalu. Antara subjek yang diajar adalah teknik pembuatan aneka roti seperti Gardenia bread, pastry, pizza, toping, etc. Akhir sekali, sijil diserahkan kepada peserta yang hadir.

Kursus Sos, Kicap, Mayonis, Thousand Island dan Otak Udang

Posted by WargaKilang Training Centre | 3:09 AM

Kursus ini telah dijalankan di KBioCORP, Kulim pada 29 DEC 10 yang lalu. Peserta yang datang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Ada yang telah mengusahakan perniagaan sendiri seperti Puan Sarina, seorang pengusaha keropok lekor jenama "Sadini". Sila lihat sebelah untuk capaian ke blog beliau. Mereka ini datang untuk mempelbagaikan bilangan produk syarikat. Kursus sehari suntuk itu berjalan dengan lancar dan sijil dikeluarkan oleh KBioCORP kepada peserta yang disampaikan sendiri oleh En. Shahril. Pihak WTC mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir terutama pihak KBioCORP. Semoga ilmu yang dipelajari dapat meramaikan lagi usahawan bumiputra.