Untuk mengetahui kursus terkini. Sila hubungi terus Saudara Wahab (019-4700759)

Bersama Menjana Ekonomi Ummah

Perjalanan Kursus - Tanaman Cendawan Tiram

Posted by WargaKilang Training Centre | 7:53 PM



6 DES 09, Bertempat di Jawi Inn pihak kami telah berjaya menganjurkan seminar penanaman cendawan. Seminar yang julung kali diadakan ini telah dihadiri seramai 22 orang peserta termasuk 6 daripadanya merupakan penanam cendawan berskala kecil. Alhamdulillah tanpa dijangka kami telah mendapat sokongan moral daripda ADUN kawasan Jawi iaitu Dato' Azhar. Walaupun beliau hanya mengikuti ceramah selama lebih kurang 2jam, sokongan moral yang diberikan amatlah dihargai.


Walaupun seminar ini memfokuskan kepada penanaman cendawan tiram kelabu, peserta juga telah dedahkan dengan kepelbagaian jenis cendawan yang dapat ditanam di dalam iklim khastulistiwa seperti Malaysia. Antara topik utama seminar berkisar kepada peralatan yang diperlukan, kaedah penanaman dari A to Z, penyakit cendawan dan kaedah rawatan selamat, cara bancuhan media, bancuhan manual VS penggunaan mesin. Kukus menggunakan tong drum VS penggunaan stimer, pro dan kontra.


Selain didedahkan dengan teknik penanaman bijak peserta juga didedahkan dengan ‘costing’ penanaman berskala kecil dan besar. Keputusan terpulang ditangan peserta mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Peserta juga didedahkan dengan ‘product development’ dan kaedah memberi nilai tambah kepada cendawan seperti kerepek cendawan, minuman cendawan dan tempura. Kaedah ini dapat memaksimakan keuntungan penanam cendawan.


Seminar berakhir dengan sessi soal jawab diantara peserta dengan penceramah dan perkongsian pengalaman peserta yang merupakan penanam cendawan. Segala persoalan yang yang telah dijawab oleh penceramah diharapkan dapat menjadi panduan berguna kepada perserta kelak.


p/s: Alhamdulillah, tempura dan bongkah cendawan yang dipamerkan semasa seminar habis dijual.