Untuk mengetahui kursus terkini. Sila hubungi terus Saudara Wahab (019-4700759)

Bersama Menjana Ekonomi Ummah

Kursus Aneka Roti, Pizza, Gardenia dan Roti Maxico

Posted by WargaKilang Training Centre | 7:13 AM

Kursus pembuatan roti telah diadakan di KULIM Biocorp pada 22-Jan-11 yang lalu. Antara subjek yang diajar adalah teknik pembuatan aneka roti seperti Gardenia bread, pastry, pizza, toping, etc. Akhir sekali, sijil diserahkan kepada peserta yang hadir.

Kursus Sos, Kicap, Mayonis, Thousand Island dan Otak Udang

Posted by WargaKilang Training Centre | 3:09 AM

Kursus ini telah dijalankan di KBioCORP, Kulim pada 29 DEC 10 yang lalu. Peserta yang datang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Ada yang telah mengusahakan perniagaan sendiri seperti Puan Sarina, seorang pengusaha keropok lekor jenama "Sadini". Sila lihat sebelah untuk capaian ke blog beliau. Mereka ini datang untuk mempelbagaikan bilangan produk syarikat. Kursus sehari suntuk itu berjalan dengan lancar dan sijil dikeluarkan oleh KBioCORP kepada peserta yang disampaikan sendiri oleh En. Shahril. Pihak WTC mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir terutama pihak KBioCORP. Semoga ilmu yang dipelajari dapat meramaikan lagi usahawan bumiputra.